Tuesday, May 08, 2012

Sotong Sumbat


Layan gambar dan resepi je k. Tak dapat nk pot pet panjang....InsyaAllah entri satu lagi akan penuh satu page....heheh


Jom cuba resepinya! sedaaaaappp! ^____^

Sotong Sumbat 

bahan-bahan :
  • 8 ekor sotong sederhana saiznya (dibersihkan)
  • 2-3 biji telur 
  • 1 keping tauhu basah (dilenyek)
  • sedikit udang basah (dicincang) - optional
  • 1/2 labu bawang besar (dihiris dadu) - optional
  • sedikit serbuk lada sulah
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 sudu makan udang kering (dikisar)
  • 3 sudu makan cili giling
  • 1 sudu makan serbuk kari ikan (bancuhkan dengan sedikit air)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 tangkai daun kari
  • sedikit kicap pekat
  • sedikit kicap manis
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
  1. Bancuhkan telur bersama sedikit garam, lada sulah, tauhu dan udang. Kemudian goreng hingga kering. Jika berair, toskan. Ketepikan.
  2. Lumurkan sotong dengan garam dan kunyit. Kemudian sumbatkan dengan inti telur tadi sampai habis. Sematkan dengan lidi. (DJ gorengkan sebentar dalam 1 minit, kemudian buka lidinya supaya masa menumis nanti isinya tak terkeluar)
  3. Sementara itu, tumis bahan-bahan kisar dan daun kari hingga wangi. Masukkan cili giling dan rempah kari. Kacau hingga pecah minyak. 
  4. Masukkan kicap pekat, kicap manis, garam, gula dan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati. 
  5. Akhir sekali masukkan sotong. Kacau hingga kuahnya pekat. 
  6. Angkat dan hidangkan.
***boleh juga menggunakan telur rebus utk menyumbat sotong. Boleh skip tauhu jika tidak berminat.


Selamat mencuba!


13 comments:

hajar said...

alamak terliur den...

Nur said...
This comment has been removed by the author.
Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam DJ...
terggoda mama tgk sotong sumbat!!!
terliur tgk..

Si Matatajam said...

Assalamualaikum DJ, amboi tak tahan M tgk. Nk kena cari sotong pas ni...

rahel said...

Kak Dayang..
tak tahan gue tengok sotong sumbat ni..bole gue ambik satu?..sedapnya..

Qasey Honey said...

asslm kak DJ...dari mlm td dah tgk kt FB...dh bkenan dgn sotong sumbat ni...nmpk myelerakan dan sedap...laian dri yg lain sikit resepi ni...QH nk amik yer resepi nye

Unknown said...

salam Dj,adoiii sedapnya nampak sotong ni minta akak satu nak rasa mesti sedap ni kan..

Unknown said...

sedapnya nampak.. kompom sedap ni

ogyep yummy mellow said...

Bukan main seksi lagi sotong tu beratur... Sedapppp..

liemaopurut a.k.a ana said...

alamakkkkkkkkkk.....terliur la plak tengok sotong sumbat ni. mana nak carik ni memalam buta nih. adesss sungguh menggoda la kamu wahai sotong

~Sya~ said...

sungguh menyelerakan la Kak DJ...

sofiah hanim said...

salam perkenalan DJ..lama gak x jengah blog DJ ni.. btw, telur & tauhu tu goreng dgn minyak or sangai je?

Unknown said...

skodeng kat sini dari asamgaram2puteri sebab nak cari kelainan dalam membuat sotong sumbat. dannnn.... pergh tengok je resepi dj ni terus bernafsu nak masak tengah hari ni. Mr Hb lg ler tak sabar sebab fav dia sotong sumbat. tq dj ;) doakan saya n' kalo sukses izinkan kongsi resepi ni kat blog asamgaram2resepi yer...