Thursday, April 12, 2012

MONKEY BREAD



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Seperti biasa harap2 semuanya sihat dan ceria selalu. Alhamdulillah...keadaan kesihatan ni dah pun bertambah baik sepenuhnya. Cuma selera makan jer belum ada lagi. Mungkin ada harapan untuk kurus balik kot...heheh. 

Apa2pun jom kita layan resepi Monkey Bread ni pulak ye. Sebenarnya dah buat dua hari lps lg dan dah pun tinggal gambar jer ni. Daku sgt teruja dgn hasil kejadiannya dari dapur Secubit Garam, kak Nor Ganu dan juga dari dapur Ika....adussss! mengancam sungguhlah kejadiannya. Suka bangat! Tapi yg kita buat ni taklah mengancam sgt pun. Macam versi malu2 gitu...heheh. Tapi yg paling penting, rasanya memaaaaannnnngg sedap! Siap kutaburkan almond nib lagi tu...bubuh cinnamon kat gula perang tu skali..adehh2...sedap yg amat!..lbh2 lagi dimakan ketika masih panas...terasa rangupnya kacang walnut dan almond nib itu..satu persatu kuhabiskan tanpa disedari...ishh2...terus teringat dgn roti cinnamon pull apart yg dibuat sebelum ni....mmg lbh krg sama taraflah rasanya...terbaekkkk!

Rasa2 akan adalah siaran ulangannya nanti kalau mood rajin tu dah sampai. Kpd Kak Nor, Ika dan empunya resepi asalnya, terima kasih byk2 kerana sudi berkongsi resepi mabeles ni. Memang tak rugi dicuba pun. 


DJ menggunakan loyang sponge cake jer sb loyang tu lah yg mula2 DJ jumpa dlm kabinet. Malaslah nk fikir nk guna loyang apa lagi...yg paling penting roti tu menjadi dan sedap dimakan...hehe. Next time nk cuba pulak guna loyang biasa yg empat segi tu pulak...huhu...mcm nk buat lagi la pulak.... :D
Amacam kak Nor???...menjadi tak nih??...heheh....


Jom kita semak resepinya pulak ye. DJ kopipes dari dapur kak Nor jer. Thanks a lot. ^__^



MONKEY BREAD
Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan : ARAH
sumber : K.Nor
sumber : DayangJack

Ingredients :(Makes 1 (18cm tube pan) )
  • 240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
  • 60g Cake flour (60g Tepung Kek)
  • 5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
  • 20g Granulated sugar (20g Gula)
  • 4g Salt (4g Garam)
  • 1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
  • 175g Water (175g Air) - DJ campurkan dgn 1 sudu kecil esen vanilla
  • 20g Butter (20g Mentega)
  • 40g melted butter (40g Butter di cairkan)
  • 40g Walnut (40g Kacang Walnut)
  • 70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa) ~ sama dgn ika - DJ bubuh cinnamon 1/4 sudu kecil dan ratakan
  • 1 Egg white (1 biji Telur putih) ~ k.nor lebihkan 1/2 biji lg putih telur

Method : Cara-cara
  1. Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
  2. Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)
  3. Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)
  4. Take the dough out of the bowl and knead( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
  5. Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
  6. Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
  7. See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
  8. Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)
  9. Preheat the oven to 150°C.( Pansakan oven dgn suhu 150c)
  10. Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)
  11. Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)
  12. Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)
  13. Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)
  14. Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)
  15. Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)
  16. Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
  17. Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
  18. Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
  19. When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
  20. Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
  21. Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)

* K.Nor guna square pan (8") aje. Utk memudahkan masa nak mengeluarkan roti yg dh siap dibakar tadi tu, K.Nor alas loyang dgn foil (lebihkan bahagian tepi). Sapu foil dgn sedikit butter supaya karamel yg terhasil dr gula perang tak melekat pd foil.


5 comments:

ibh_sue said...

Aslmkum Kak Dayang.
Feewiittt..Kat sini pulak ada monkey ya..Hadoiii bila nak cuba ni?..teringin nak try tp tak juga tertry2 lagi..heee

K.Nor said...

dah menjadi sgt dah tu.. mana la monkey bread 1/2 loyang ku, duk tunggu2 tak kunjung tiba nih hehe

mmg best kan :)

ijayuji said...

Salam kak dayang, alahaiii byk monyet2 nk mintak ni kak ehehe... termasuk yg tgh menulis n hantar komen ni :D

ogyep yummy mellow said...

Agaknya, minggu ni memang minggu Monkey Bread agaknya ya... Rata2 blogger baked monkey bread.. BTW yours still mantopsss..

Rohah said...

Salam kak,
Unik sekali nama bread nie..