Sunday, April 29, 2012

Buttered Prawn II


Dah lama x buat BP ni...eh, silap..sebenarnya dah lama tak makan udang...hehe. Ari tu nampak Mat Gebu tayang kat blog terus berkobar2 gak nk masak udang stail gini. Tapi DJ masak ikut citarasa sendiri jer sb sendiri yg nk makan kan...heheh. Actually dah 2 hari berturut2 buat BP ni tau. Smlm dan hari ni lah. Tp picture smlm kurang menarik sb nk cepat... DJ sempat upload ke FB jer.

Dah tu ramai pulak nk mtk resepi dan cara2 buat jurai2 tu...adehh...DJ taklah sepandai mana pun nk wat jurai2 tu...cuma kalau nk buat,  guna wok yg biasa digunakan utk buat goreng cokodok atau pisang (rujuk gambar)...tp guna yg bersaiz kecik je lah... Mentega pun kalau boleh lebihkan sedikit supaya jurai2 tu menjadi. Pas tu guna senduk mulat cam dlm gambar bwh tu ha...takyah susah2 nk guna garpu segala bagai...

gambar ehsan dari pakcik Google...tq

Apa2pun jom layan resepi campak2 ni ye. Rasa2 ramai yang tau masak BP ni kan... ^__^

Buttered Prawn II
resepi : dayangjack

bahan-bahan :
  • 10 ekor udang XL (dibersihkan dan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit)
  • 3-4 biji kuning telur (dikacau sedikit) 
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/2 inci halia (dicincang)
  • sedikit susu cair - optional
  • 1 tangkai daun kari
  • 4-6 biji cili padi (dihiris)
  • gula secukupnya
  • 100g mentega
Cara-cara:
  1. Cairkan mentega di dalam kuali dengan api perlahan. Apabila sudah cukup panas tuangkan perlahan-lahan kuning telur sambil dikacau perlahan-lahan tanpa henti dengan senduk (tangan kiri memegang bekas untuk kuning telur dan angkat tinggi sedikit macam nak buat teh tarik sementara tangan kanan memegang senduk. Putar secara sehala sahaja). Angkat dan tapiskan sebaik sahaja minyak mentega tadi berbuih. (kalau nak garing, boleh biarkan lama sedikit tetapi jangan sampai hangus). Ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak. Angkat dan toskan. 
  3. Kemudian cairkan/panaskan lagi sedikit mentega atau minyak masak(anggaran 1sudu besar), tumis bawang putih dan halia hingga garing. Masukkan daun kari, cili padi dan gula secukupnya. 
  4. Masukkan udang dan separuh daripada telur tadi. Gaul-gaulkan. Boleh juga masukkan sedikit susu cair jika suka (DJ kurang gemar letak susu cair). 
  5. Tutupkan api. Masukkan lebihan telur tadi dan gaulkan lagi. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sebagainya. 

Antara yg sempat dirakam.....

Haa...dah siap kan??...senang je buat. Resepi mudah taaapiii sgt sedaaaapp!..Sesiapa yg tak pernah try lagi, sudi2kanlah cuba resepi mudah ni ye. Terpulanglah pd citarasa sendiri samada nk adjust bahan2nya..nak lebih nak kurang...janji berbaloi2...hehe. Ok...selamat mencuba! ^___^


Sedaaaappp!

buat lagi dan lagi...untuk kali yg ke brp entah....heheh

8 comments:

ibh_sue said...

Aslmkm kak.
Aduiihhh!!! Mmg peberet ni. Tp x pnh buat sendiri lg. Harus try jg ni. Mcm ni nak mkn bp hari2 pun buleh.

dZana said...

Aslmkum DJ.. dah lama berangan nk buat BP ... tk pernah mjadi.. macam mudah jer.. hihihi.. tak cuba tak tau kan.. nnti akk nk cuba jugak la..

Rohah said...

waaa, msti ada bau harum udangn ngan telurkan..

Si Matatajam said...

M pernah cuba wat dulu Tp x jd.

Mieza said...

Salam DJ..feveret mieza nih..mieza ni pemelas jadi selalu guna mix yg dah siap beli kat Cosway hahaah

Cerita bonda said...

alamak..meleleh air liur.. kena cuba ni..thanks ofr the recipe

Nina Mirza said...

As'salam Kak Dayang...

terliur Nina tau~~ FAV nie!!
Dah lama tak masak BP
Bak mai 5 ekor udang tuuu
hehehe

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

sedap dan mudah