Monday, March 26, 2012

Daging Gulai Kawah


Salam rinduuuuuuuu!.....hehe

Wahhh2!...lamanya tak update resepi...sungguh ku terasa janggal dan kekok sekali menulis entri...adehh...apa2pun mekasih byk2 kpd yg sudi datang, meninggalkan jejak dan sudi mencuba resepi2 yang ada di sini ye. Tuan rmh sejak menghabiskan cuti di Sarawak tempoh hari, mmg tak ada kesempatan dan kerajinan utk menjengok blog sendiri. FB pun dah jarang2 online. Byk hal yang perlu dibereskan dan kemungkinan akan memanjangkan lagi cuti blogging bila dah sampai masanya nanti...huhuh...wht to do...tahun ni mmg byk kejutan yg perlu kutempuhi...semoga dipermudahkan segala urusanku nanti...amin. 

Ok...nak kasi warm up sket...jom kita layan lauk gulai kawah yg dimasak hari ni...hehe. Tak sabar rasanya nk share kat sini. Alkisahnya smlm, plan nk buat rendang daging. Daging ni pun dah siap dihiris. Pas tu mcm mana ntah, ter'online' lah FB jap guna hp. Tetiba ternampak Mamahawa tayang menu ni kat status dia. Adehh...sungguh mengancam seleraku! Tengok resepi dari dapur Lina_pg. Hmm...finally, DJ pun ubah fikiran. Tak jadi buat rendang. Berkenan sungguh dgn resepi gulai kawah ni. Biasanya main beli jer, tapi sekali sekala apa salahnya mencuba sendiri kan. Lagipun DJ mcm mamahawa gak, suka ltk serbuk kari pekat2...hehe. Taklah cair sgt kan. Cuma dlm resepi ni DJ kurangkan penggunaan santan memandangkan skrg tgh berdiet (huhuh...konon2nya lah...hahaha...pas ni keluar resepi kek coklat cheese plak...mmg diet sungguh! :D)

Kpd Lina, mekasih byk2 ye kawanku, sb sudi berkongsi resepi yg sedap bangat ini...mmg sesuailah dimakan dgn nasi atau roti. Kpd MamaHawa, thanks a lot sb mempromosikan resepi ni. DJ kopipes resepi ni dari dapur MamaHawa pulak. Mekasih sekali kpd kedua2nya.

Daging Gulai Kawah

resipi: linapg.blogspot.com
sumber: mamahawa
sumber : dayangjack@DapurKu SaYang

Bahan
  • 1/2 kg daging lembu hiris nipis
  • 1paket kerisik (40g) - mama ltk dlm 3 sudu mkn 
  • 1 paket kecil kari daging- mama ltk dlm 5 sudu mkn sbb suka pekat2 
  • 1 labu bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2inci halia (kisar)
  • 2 batang serai (ketuk)
  • 3-4 sb cili giling
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 cawan santan pekat (DJ ltk 1/3 cawan je)
  • Rempah 4 beradik
  • 3sb gula merah - gula timbang brown color
  • 2-3 keping asam keping
  • minyak
  • garam 
  • Air

Cara-Cara: 
  1. Panaskan minyak, tumiskan rempah 4 beradik, bahan kisar,serai ketuk sehingga wangi. 
  2. Masukkan cili giling masak hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan daging dan kacau rata.Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
  4. Bila daging agak empuk, masukkan santan, kerisek, garam, gula merah, daun limau purut dan asam keping
  5. Biarkan mereneh hingga daging betul2 empuk.Kacau sekali sekala
  6. Biarkan sampai pekat.Tutup api.
  7. Sedap dimakan dengan nasi atau roti

5 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

bilalah nak sampai dapur kita ya.. kena beli daging cepat2lah.. mana tahan asyik tengok orang masak.. hihi

LiNa_Pg said...

salam yang..rindunya..lama tak singgah sini.Kebetulan ari ni cuti sempat gak menyinggah.
Kalau sifu yang mask mesti sumanya sedap.
Thanks ya sudi cube rsp kite ni

izahdaut said...

akakkk.. i miss uuuu.
sedap nyer makan ngan nasi putih panas2 ni ;-)

Fauziah Samad said...

Baru semalam Kjee makan lauk daging gulai kawah kat Kuantan. Dalam hati terfikir mana nak dapat resipi. Thnx Dayang!

Ayam said...

salam...sedapnya gulai kawah...kat sini time kenduri sebelum waktu nakan tengahari selalu tuan rumah masak lauk begini...sedap