Monday, December 20, 2010

Buah-buahan Koktel Berkuah


Banyak2 dessert, dessert inilah antara yg paling ringkas dan sedap. Dapat idea ni setelah berkunjung raya ke rumah kawan 2 tahun lepas. Tak tanya pulak ttg resepi tu tapi berdasarkan apa yg dirasa, dyg agak2 jelah resepinya. Lepas tu cuba2 buat sendiri di rumah. Memang sedap dan jimat masa. Pernah nampak resepi sebegini di blog kak Liza 2-3 bulan lepas kalau tak silap, nak tengok boleh rujuk di sini

Minggu lepas dyg buatlah koktel berkuah ni dgn style sendiri dgn mennggunakan bahan-bahan yg ada dlm simpanan. Best tau!

Inilah resepinya yer. 

Buah-buahan Koktel Berkuah

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar buah-buahan koktel (atau hirisan buah2an segar pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 2-3 sudu makan susu pekat
  • 1 sk esen vanilla 
  • Ice cube secukupnya
Cara-cara :
  1. Satukan gula bersama susu cair di dlm periuk. Masak hingga gula larut. Masukkan susu pekat dan esen vanilla. Kacau sebati. Setelah itu, padamkan api dan sejukkan sebentar atau suam2 kuku.
  2. Sediakan bekas yg agak besar. Masukkan buah2an koktel (tak perlu sejat jika suka) dan susu tadi ke dalam bekas tersebut dan masukkan kiub ais secukupnya. Hidangkan.

5 comments:

Unknown said...

Salam...

Sedapnya Kalau Di Makan Sejuk2...

DjDayang Jack said...

memang best!...nyaman je rasa tekak...hehe

Sheherazade said...

pia penah buat,letak suke peach :)

DjDayang Jack said...

sedap peach tu...akak kalo ade stok peach, bedal jer...

asmar said...

Sedap betul nampak menu dayang ni. Dulu kat office kalau ada makan2 mesti ada sorang kakak tu buat hidangan ni. Nampak dayang punya ni terigin pulak nak makan.