Friday, July 23, 2010

Udang Goreng Bersos

Setelah memikirkan apa yang nak dimakan untuk meneruskan hidup...akhirnya, udang ini gak jadi sasaran..hehe. Tadi dok intai2 dlm esbok, rupa2nya dia menyorok kat dlm2 sana tu (mcm ler byk sgt lauk kat dlm tu..ekeke)...hari ni mmg nak 'clear' kan semua yg ada dlm esbok..sb esok nak pi pasar..mungkin ke Tesco Ampang kot...kat situ byk pilihan...termasuklah sushi...hehe

Resepi mcm biasa, ikut citarasa. Yang pasti, lauk udang ni benar2 menyelerakan!...

Alhamdulillah....dapat gak telan nasik petang tadi...malam ni pulak rasa2 nak makan buah2an je lah.

Udang Goreng Bersos

Bahan-bahan : anggaran
  • 400 g udang basah (dibersihkan, gaul dgn sedikit kunyit dan garam, kemudian digoreng hingga masak)
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)\
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 cm halia (dihiris)
  • 6 biji cili api (diketuk)
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan kicap masin
  • sedikit hirisan cili benggala
  • sedikit jus limau kasturi
Cara-cara :
  1. Tumis bawang putih, halia, bawang besar dan serai hingga wangi.
  2. Masukkan cili api, sos tiram, daun limau purut dan bahan-bahan selebihnya. Masukkan sedikit air.
  3. Kacau dan biarkan ia mendidih. Jika kurang masin dan manis boleh tambah garam atau apa2 yg patut. 
  4. Setelah kuahnya masak, tutupkan api dan masukkan udang yg telah digoreng tadi. Gaul2kan sebati.
  5. Hidangkan bersama nasi panas.

No comments: