Tuesday, July 06, 2010

Tempoyak Goreng Udang


Salam...
Sekali lagi dyg memohon maaf atas kelewatan meng'update' entri semalam. Maklumlah, bukan boleh nk mengadap netbook setiap masa. Busy mom katakan....hehe. Oklah, tak nak cerita panjang lebar...jom kita buat tempoyak goreng!...sebelum ni dyg ada tuliskan resepinya di sini . Dyg kopipes balik resepinya dlm entri ni. 

Tempoyak goreng ni sebenarnya salah satu menu wajib berbuka puasa lebih2 lagi pd waktu sahur. Tak ada lauk lain pun tak apa, asalkan tempoyak ni ada. Sedap betul makan dgn nasi panas!...Tapi kalau nak masak, seelok2nya gunakanlah tempoyak fresh. Jangan guna tempoyak yg dah terlebih masam, nanti lain pulak rasanya...hehe. Lebih baik buat tempoyak sendiri, betul tak??...barulah puas hati.

Ok, ini resepinya mengikut versi dyg. Sudi2kanlah utk mencubanya. Terima kasih sudi singgah.

Tempoyak Goreng Udang

Bahan-bahan :
  • 5-6 sudu besar tempoyak segar
  • 300 gm udang basah (dibuang kulit dan dibersihkan)
  • 5 sb cili kering kisar
  • 3 biji cili api (dikisar) - optional
  • 1 keping asam gelugur
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 cm kunyit hidup (dikisar) -boleh juga guna kunyit serbuk
  • 2 cm halia muda (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  • Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang dan tumis hingga separuh masak.
  • Masukkan tempoyak, asam gelugur, garam dan gula (pastikan rasa masin dan manisnya sama).
  • Goreng tempoyak sehingga masak keperangan (guna api perlahan).
**selain udang basah, udang kering atau ikan bilis halus pun sedap dimasak dgn tempoyak. Selamat mencuba!

No comments: