Thursday, July 01, 2010

Ketam 4S @ 4 Rasa


Segalanya cukup rasa, manis, masin, pedas dan masam....semuanya ada. Sebab tulah diberi nama 4S (sweet, sour, salty & spicy)...sesuai ker tak sesuai, letak je lah nama tu...yang penting, sedaaaapppp!...hehe


Tak dpt nk cerita panjang2...tuan rumah keletihan...jom layan resepinya dulu...terima kasih atas kunjungan anda.

Ketam 4S
Bahan-bahan :
  • 4 ekor ketam segar (dipotong ikut suka)
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 keping asam gelugur
  • sedikit garam
  • 1 biji cili benggala (dihiris kiub)
  • 1 biji tomato (dihiris kiub)
  • 1/ biji timun (dihiris kiub)
  • sedikit nanas (dihiris kiub)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos cili Thai
  • 2 helai daun limau purut
Bahan-bahan  kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai
  • 10-12 biji cili api
Cara-cara :
  1. Gaulkan ketam bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian direbus bersama asam keping hingga masak. Tuskan. (Boleh juga digoreng jika suka tetapi tidak perlu letak asam keping)
  2. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato, sos cili Thai dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya dan akhir sekali ketam yg sudah direbus/digoreng tadi. Gaulkan rata2. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu.
  4. Setelah kuah kelihatan pekat, bolehlah ditutupkan api dan dihidangkan bersama nasi panas.

No comments: