Saturday, May 15, 2010

Lala Bercili



Lunch tadi masak lauk ringkas jer. Entah kenapa hari ni terasa malas pulak nak masak mcm2. Ni lah antara lauk favorite keluarga. Kalau ada lala, tak pandang pun lauk lain sb semua suka lala especially kalau masak bercili. Sedap wooo...berebut2 lak tu..sekilo pun masih tak cukup....hihik. Nasib baiklah tak elergik.



Resepi lala ni senang jer. Walaupun ringkas tapi sedaaappp tak terkata. Jom makan!

Bahan-bahan :
  • 700 g - 1 kilo lala (dibersihkan)
  • 5 ulas bawang putih (diketuk)
  • 8 biji cili padi (diketuk)
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan kicap manis
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 batang serai (diketuk)
  • sedikit daun sup/daun bawang (dihiris)
  • 3 helai daun limau purut
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih dan serai hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan sos tiram, sos cili, cili dan daun limau purut. Kacau rata2. Masukkan sedikit air. Biarkan ia mendidih seketika.
  3. Kemudian masukkan lala dan kicap manis. Perasakan dgn garam jika perlu. Gaul2kan hingga lala masak. Taburkan daun sup/daun bawang.
  4. Hidangkan panas2.

No comments: