Sunday, April 11, 2010

Ayam Masak Merah Berserai



Lega rasanya dapat update lagi....hari ni masak ringkas jer. Mula2 terfikir nak buat ayam kari debel. Godek2 bahan tak cukup pulak. Sepatutnya tadi tuan rumah nak ke pasar tapi tak jadi pulak. Mr hubby ada urgent meeting. So, terpaksalah masak apa yg ada ni. Janji sedap dan mengenyangkan. Petang nanti nak ke Giant jer lah. 

Ayam masak merah ni dah lama gak tak buat. Inilah antara lauk masak merah kegemaranku. Yang bestnya, perencah ni tak semestinya utk masak ayam jer, nak masak udang, ketam dan sotong pun boleh juga. Sedap sgt dihidangkan dgn nasi putih atau nasi tomato.


Ini resepinya yer utk dikongsikan bersama. Sesiapa yg belum makan, meh ambik seketuii!.... :D

Ayam Masak Merah Berserai

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (dibersihkan dan dipotong ikut suka)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam secukupnya
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 batang cili merah (dihiris)
  • 5 sudu besar cili kering kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan kisar :
  • 2 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 1/2 inci halia

Cara-cara :
  1. Ayam digaulkan bersama serbuk kunyit dan garam. Gorengkan hingga 1/2 masak. Ketepikan.
  2. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili dan sedikit air. Kacau rata2. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan dan biarkan ia mendidih seketika.
  4. Masukkan cili merah, garam, gula dan air asam jawa. Kacau lagi hingga kuahnya sedikit pekat.
  5. Setelah masak, hidangkan dgn bersama nasi putih atau nasi tomato.

1 comment:

Ely Hasrul said...

ok nak buat pengakuan disini.. tiap kali buat menu nih kan sure jadik lein wakakkakakaa