Saturday, November 28, 2009

Kek Epal




Kek Epal
Bahan-bahan :
  • 250 g tepung gandum + 1 sk baking powder (diayak)
  • 250 g mentega
  • 250 g gula pasir (dikisar halus)
  • 4 biji telur C (dipukul sedikit)
  • 1 biji epal hijau (dikupas kulit dan diparut dan direndam bersama 50 ml susu segar suam)
  • 50 ml susu segar suam
  • 1 sk esen vanilla @ perisa epal
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 180C. Griskan loyang kek dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. 
  2. Putar mentega bersama gula hingga putih gebu.(high speed)
  3. Masukkan telur perlahan2 sambil diputar hingga sebati. (guna kelajuan minima)
  4. Tuangkan susu segar dan tepung secara berselang seli. Putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen dan putar lagi.
  6. Akhir sekali masukkan parutan epal yg sudah direndam bersama susu tadi. Kacau dgn spatula.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak (turunkan suhu pada 160C 20 minit terakhir). Suhu bergantung pada kepanasan oven masing2.
***kek ni taklah 100% rasa epalnya kecuali tambah perisa. Walau bagaimanapun, rasanya mmg best!

No comments: