Wednesday, October 14, 2009

Ayam Sos Madu Berempah

Satu lagi n3 yg sempat ditayangkan khas utk tatapan rakan2 setiaku dan juga yg selalu jadi 'phantom' tu..hihi..jgn malu2 utk meninggalkan jejak yer....kehadiran anda amat2 dialu2kan...tq.

Anyway, ayam ni walaupun lawa tiada, tapi manis ada...heheh. Napalah lain macam je pic ni???...tang kabus tu lak mana datangnya???...agaknya pic2 ni belum ngam lagi dgn lappie ni kot....apa2 je lah.....tak kuasa nak layan dah....

Oklah, ayam sos madu berempah ni dimakan bersama nasi beriani. Saja je nak buat kelainan plus virus M...hehe. Walaupun tak dimasak satu set dgn ayam beriani, ayam masak cara ni pun sedap juga dimakan bersama nasi beriani. Ok sangatlah tu. Memang sedap tau. Habis licin satu bekas...tak sia2lah memasaknya.

Inilah resepinya jika berminat utk mencuba.

Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong bbrp ketul, diperap bersama kunyit dan garam. Kemudian digoreng sehingga 3/4 masak)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 sudu makan madu (dibancuh dgn sedikit air)
  • 3 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 sudu makan jus lemon
  • bahan-bahan hirisan : daun bawang, daun pudina dan daun sup
Cara-cara :
  1. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan serbuk jintan dan ketumbar. Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, kicap dan sedikit air. Kacau rata2 dan biarkan mendidih seketika.
  3. Masukkan ayam dan gaulkan.
  4. Masukkan madu, asam gelugur dan bahan2 hirisan. Kacau lagi. Perasakan dgn garam jika perlu. Akhir sekali, masukkan jus lemon.
  5. Setelah kuah agak pekat(tak nak pekat boleh tambah air), boleh tutupkan api dan hidangkan.

2 comments:

ain said...

hmmmm...sedapnyaaaa!!!!

pssst...lawa umah baru!!

DjDayang Jack said...

hihik, thanks k.ain....