Sunday, September 06, 2009

Kuih Seri Muka

Ini adalah juadah utk berbuka puasa tadi. Biasanya main beli je...tetiba virus M hari ni terlebih luar biasa sehingga memaksa diriku untuk membuat kuih yang dah 19 tahun tak terbuat. Last time buat kuih ni masa tingkatan 4. Lama tuu!...memang ada sejarahnya...huhu. Nak tau tak???

Masa tu, dayang ambik mata pelajaran Makanan dan Pemakanan. Guru yg mengajar tu pulak tersangatlah garangnya tapi baiikk sangat kat dayang ni. Tak taulah apa sebabnya. Masa tu dayang dilantik jadi Ketua Pelajar kaum memasak ni. Ok gaklah jawatan tu walaupun berat sangat tanggungjawabnya. Mcm mana nak pendekkan cerita ni hah???hehehe....ok2, kita orang ada amali utk subjek ni. Jadi, cikgu garang tu lak nak mengetest kita orang dgn kuih Seri Muka ni secara berpasangan kat Unit Masakan. Yang x dapat dilupakan ialah pasal tepung ubi dan tepung beras yg penuh dgn mcm2 kehidupan kat dlm tu...tau2 je lah kan...gara2 tergesa2 dan x cukup masa nak masak, dayang n kawan dayang yg sorang ni terlupa nak ayak tepung tu...huhu...Alamak!!!...hentam sajalah...Dah siap kukus, tibalah masanya acara penilaian dari juri. Time nak mengetest dayang punya kuih ni yg kebetulan masa tu giliran yg terakhir, you know what she said??? dia kata "Yang ni kuih yang paling sedap dan cukup rasa, saya suka"....hahahaha! dayang n fren nak tergelak tapi x sampai hati...kalau lah masa tu dia tau tepung tu x berayak, matilah kami berdua, mau kena belasah...heheh..tapi apa nak buat, bukannya disengajakan..btl tak???....itulah kali terakhir dayang buat kuih ni....

Kali ni, dgn semangat jitu dan membara, dayang buat lagi kuih ni dgn agak2 tangan je ni. Alhamdulillah, menjadi sangat2. Yang paling seronok ialah bila si Princess kata 'sedap'...lega rasanya.

Oh ya, lupa nak cakap, lapisan pulut kuih ni dayang tak rendam beras pulutnya. Dayang terus tanak je mcm nasik. Lepas tu barulah dikukus bersama lapisan hijaunya selama 20 minit. Cepat dan mudah. Nanti dayang update resepinya yer. Kena buat sekali lagi ni utk dapatkan sukatan yang betul.

4 comments:

ain said...

after 19 yrs..??? adusss...lama tu dayang!!!

NISA DAHRI said...

nampak menyelerakan jek..blh try la weekend nih..hehehe

DjDayang Jack said...

k.ain, mmg lama tuh!..bkn ape, phobia sebenarnya wat kuih yg tepungnya x diayak. kalo tepung baru xpe lagi. ni tepung dh lame. mengenangkan peristiwa tu, dyg x lalu makan la kuih ni walaupun sedap. tp skrg dh ok.sb tu bole buat... hehe

DjDayang Jack said...

hi nisa...selamat dtg...kuih ni mmg sedap tau...try la nanti yer... :)