Monday, July 06, 2009

Sarawak Blackpepper Chicken

Menu ayam lagi. Kali ni masak menggunakan sos lada hitam Sarawak. Memang best dan makan pun bertambah2....

Untuk anak2 dyg buatkan ayam goreng bersalut tepung. Maaflah yer tak sempat nk ambik gambar sb ayam tu dh tinggal tulang....hehe.

Inilah sos lada hitam kesayanganku.....


Bahan-bahan A
  • 1/2 ekor ayam (dipotong kecil2)
  • 1 sdt serbuk lada putih
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 biji putih telur
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan minyak zaitun (optional)
cara-cara : Gaulkan ayam bersama bahan2 di atas dan perap 2 jam. Kemudian goreng ayam sehingga masak.

Bahan-bahan B
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2-3 sb sos lada hitam Sarawak
  • sedikit cili benggala (dihiris dadu)
  • 2 sudu makan stok ayam
  • sedikit daun sup (dihiris)
  • 2-3 biji cili padi - jika suka
  • 1 sudu makan tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • gula dan garam secukupnya
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan bawang besar, cili benggala, stok ayam, sos lada hitam dan cili padi. Masukkan sedikit air jika perlu. Kacau rata2. Kemudian masukkan ayam, gula dan garam. Kacau lagi. Akhir sekali masukkan tepung jagung dan daun sup. Perasakan dgn garam dan gula.

No comments: