Saturday, July 18, 2009

Kek Coklat II

Kek ni dah lama anak2 request. Baru sempat dibuat malam Jumaat lepas. Buat ikut versi sendiri. Yang penting, rasanya sedap, moist dan anak2 suka.

Bila dh siap masak kek ni, ingatkan nak bagi terus jer kat anak2 tapi yang sorang siap suruh deko lagi. hehe. dayang sebenarnya x gemar nak deko mendeko kek... hmm, apa boleh buat...kuturutkan shj kemahuan anak2 manja ni...

Ada lagi ni....nak join?....jom kita makan!!!...

Bahan-bahan :
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 5 biji telur A
  • 250 gm mentega
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1/2 cawan susu segar suam
  • 1/2 sdt soda bikarbonat
  • 1/3 cawan koko
  • 1 cawan gula perang lembut (soft brown sugar)
  • 1 sdt esen vanilla
Cara-cara :
  1. Panaskan oven 170C
  2. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan taburkan tepung
  3. Ayak tepung bersama soda bikarbonat dan koko. Gaulkan dan ketepikan.
  4. Putar gula bersama mentega sehingga kembang
  5. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar
  6. Masukkan golden syrup dan putar lagi
  7. Masukkan susu diselang selikan dgn tepung. Putar pd kelajuan minima.
  8. Akhir sekali masukkan esen vanilla. Kacau sebati.
  9. Tuangkan adunan ke dlm loyang dan ratakan dgn menggunakan spatula.
  10. Bakar selama 35 minit atau sehingga masak. (bergantung pd jenis oven)
  11. Setelah masak, sejukkan kek sebelum dihiaskan dgn topping kegemaran.

No comments: