Tuesday, July 07, 2009

Kari Terung

Salam semua....sekali lagi dyg terlambat nak update n3 sb masalah server. Alhamdulillah, dapat gaklah update sikit2 walaupun server ni agak lambat. Waktu ni pun cuaca x brp elok jadi jika dyg x jawab msg kat chatbox tu maknanya dyg offline atau xde line. Ape2pun terima kasihlah byk2 yer krn rakan2 sekalian sudi meninggalkan msg kat situ....luv u all!!

Ok, hari ni masak kari terung. Inilah salah satu masakan sayur kegemaran dyg sejak kecik lagi.. Setiap kali masak kari terung, dyg akan mempastikan ada lauk ikan sekali terutama ikan goreng....sedap sgt2.

Bahan-bahan :
  • 1-2 biji terung panjang (dipotong)
  • 5 biji bawang merah*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 2 cm halia*
  • 1 sudu makan udang kering*
  • 1 biji buah keras*
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam Adabi (dijadikan pes)
  • 1 sudu makan kerisik
  • 50 ml santan
  • rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih)
  • 1 sudu makan cili kering kisar - optional
  • garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
  1. Kisar bahan-bahan bertanda *
  2. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan rempah 4 sekawan hingga wangi.
  3. Masukkan pes kari dan masak hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air secukupnya. Biarkan mendidih seketika.
  5. Masukkan terung, santan dan kerisik.
  6. Perasakan dgn garam dan gula.
**terung tidak perlu dimasak terlalu lama.

No comments: