Thursday, July 16, 2009

Ayam Goreng Berhalia

Salam....
Malam tadi bukan main lagi nak plan masak ikan kukus utk hari ini...tapi lain pulak jadinya....biasalah tu. Tak semua yang kita rancang akan menjadi, btl tak?...x mengapalah, lain kalilah dayang masak ikan kukus tu. Hari ni layan jelah ayam goreng berhalia ni. Sedap pulak makan panas2....

Resepinya memang simple tapi sedap tau. Dah banyak gak ayam goreng yg dayang buat. Cuma ada adjust sedikit dr segi kuantiti bahan yang digunakan. Jom kita makan!!!!...

bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 2 inci halia (ditumbuk)
  • 1 sudu makan serbuk kari - tak letak pun xpe
  • garam secukupnya
Cara-cara : Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap 1 jam atau lebih. Kemudian goreng hingga masak.

No comments: