Wednesday, June 03, 2009

Udang Kicap


Hari ni masak lambat sikit. Penat sb baru balik dari shopping barang-barang dapur. Kat mana lagi, of course la kat Giant. Ternampaklah udang galah n udang kertas fresh...apalagi, beli je lah...balik ke rumah terus masak kicap. Lega rasanya dapat makan benda alah ni.... bukan senang nak dpt udang galah skrg ni.


So, sesape yang berminat utk mencuba resepi ni, silalah yer. Sedap tau. Pasti makan bertambah-tambah.... :)


Bahan-bahan :

  • 500 gm udang galah (dibersihkan)
  • 3 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • ½ inci halia (dikisar)
  • ½ batang serai (dikisar)
  • 2-3 sb cili kisar
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 sb sos cili
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 sb sos tiram
  • Sedikit gula dan garam
  • Minyak utk menumis
  • Sedikit hirisan bawang besar dan cili merah (optional)

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak di dlm kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan udang dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap pekat dan asam gelugur. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali, perasakan dgn gula dan garam. Masukkan bawang besar dan cili merah jika suka.
  5. Masak hingga kuahnya pekat.

2 comments:

Anonymous said...

Best nye udang galah... besau2 plak tu...

DjDayang Jack said...

udg ni mmg saiz XL. mmg best!