Tuesday, June 23, 2009

Tauhu Kukus Sos Pedas dan Salad Ayam Kentang

Menu utk lunch td. Hari ni x makan nasik. On diet. Jadi, dyg masak tauhu kukus bersama salad. Untuk anak2 cam biasa...lauk ayam dan sayur campur.

Kalau sebelum ni, dyg masak tauhu kukus dgn sambal udang kering. Kali ni masak spicy sauce lak. Actually, taklah pedas sgt. Sekadar utk memecahkan lemak2 yang ada ni, oklah tu...hehe...Resepi rekaan sendiri gak ni. Tabur bijan sikit, memang best dan mengenyangkan.

Bahan-bahan :
  • 1 keping tauhu lembut (dikukus)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk kasar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit bijan (disangai)
  • sedikit air
Cara-cara : Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga kering. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah masak, siramkan di atas tauhu dan taburkan bijan.

Salad ni pulak xleh nk cakaplah.....memang sedaaaaaaaaaap! Bila dah kenyang, x terfikir pun nak makan nasik.....ape2pun salad dan tauhu kukus dh habis yer...x dpt nak jamu kawan2 semua. Kalau nak jugak, buatlah sendiri, ok....hehe

Bahan-bahan : (utk seorang)
  • 1 biji telur rebus (dibelah 4)
  • 2 biji kentang kecil (direbus dan dihiris dadu)
  • daun salad secukupnya (dihiris jika suka)
  • sedikit isi ayam (dihiris nipis)
  • sedikit sos cili dan sos tiram
  • 2-3 sudu makan mayonis
  • sedikit lada sulah
  • sedikit garam
  • 1 sudu makan jus lemon
Cara-cara : Gorengkan ayam dgn sedikit mentega/marjerin sehingga garing. Masukkan sos tiram, lada sulah, sos cili dan sedikit air. Masak hingga pekat. Kemudian gaulkan bersama semua bahan di atas. Hidangkan.

No comments: