Wednesday, June 17, 2009

Sambal Ikan Bilis

Salam semua....sekali lagi dyg memohon maaf sb x sempat nk update resepi semalam. Ade problem dgn connection. Anyway, ni lah antara menu semalam. Sambal ikan bilis. Ni lah salah satu lauk simple yang menjadi kegemaran dyg sejak kecik lagi. Makan dgn nasi putih pun dh memadai esp time bersahur.

Ikan bilis ni digoreng sampai garing terlebih dahulu sebelum ditumis dgn sambalnya. Haa, kalau nk tumis sambalnya pun kena bg kering dulu sblm digaul dgn ikan bilis. Barulah sedap dan rangup. Kalau lembik, x bestlah jadinya. Baik buat nasi lemak jer...hehe.

Resepinya terlalu mudah dan cepat....

Bahan-bahan :
  • 80gm ikan bilis (digoreng garing)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sb cili kering kisar
  • garam dan gula secukupnya
cara-cara : Sediakan kuali. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan2 kisar sampai kering. Masukkan garam dan gula secukupnya. Akhir sekali masukkan ikan bilis goreng dan gaulkan. sebentar.

No comments: