Monday, June 29, 2009

Ayam Masak Padang

Ok, last n3 utk hari ni...agaknya...hehe....menu sedap utk lunch tadi. Berselera sungguh makan ayam masak padang ni. Tak dapat pergi ke Padang, dapat makan masakan Padang pun jadilah...hehe, ni pun buat ikut versi sendiri.

Bahan-bahan :
  • 1/2  ekor ayam (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 1 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 4 tangkai cili merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan2 kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.

No comments: