Sunday, June 14, 2009

Asam Pedas Daging

Lauk semalam yang tercicir...hehe. xdelah...actually, ni adalah saki baki lauk asam pedas (utk lunch tadi...) yg baru sempat dyg display kat sini. Sedap gak daging dimasak asam pedas...selama ni dyg x pernah makan pun daging masak cara ni. Baru semalam la try. Biasanya masak ikan jer. Mmg best!....lain kali boleh buat lagi.Resepi ini adalah mengikut versi sendiri. Berminat, bolehlah cuba yer....
Bahan-bahan :
  • 1/2 kilo daging (dihiris)
  • 5 biji bawang besar (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 3-4 sb cili kering kisar (sukatan bgantung pd kepedasan cili) - boleh tambah jika suka
  • 1 batang serai (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • 1/2 inci kunyit hidup (dikisar)
  • 1 sdt jintan manis dan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
  • daun kesum
  • bunga kantan (dihiris)
  • air secukupnya
  • air asam jawa secukupnya
  • minyak utk menumis
  • garam dan sedikit gula
Cara-cara: Tumis bahan2 kisar dan jintan hingga wangi. Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga separuh empuk. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Setelah daging empuk, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
 

No comments: